Thursday, October 19, 2017

Apa itu SERP?

SERP atau “Search Engine Result Page” merupakan keputusan kedudukan hasil carian enjin carian berdasarkan keyword yang ditaip dengan enjin carian.

Keputusan carian anda di internet disusun mengikut keutamaan dengan kata kunci yang anda taip dan cari. Ini ada saya nyatakan di posting sebelum ini Apaitu SEO dan teknik SEO yang berkesan?”.


Secara ringkasnya mendapatkan SERP di page pertama merupakan tujuan kenapa SEO dilakukan.

Search Engine Result Page

Share:

Apa itu SEO dan teknik SEO yang berkesan?

SEO “Search engine Optimization” merupakan satu proses dimana website anda di optimakan bagi mendapat ranking yang tinggi di enjin carian berdasarkan kata kunci yang ada di website anda.

Ambil contoh anda mempunyai satu website perniagaan yang menjual baju. Anda ingin mendapat trafik ke website anda supaya produk anda dapat diketahui dan dijual. Sasaran anda adalah pengguna internet.

Pengguna internet pun mula lah mencari di google dengan kata kunci “kedai baju”. Kebarangkalian untuk pengguna tersebut melawat ke website anda adalah lebih tinggi jika website anda disenaraikan di SERP “Search Engine Result Page”  pertama hasil enjin carian berbanding di page ke dua atau seterusnya.

Kedudukan SERP “Search Engine Result Page” menentukan visibility untuk website anda dikunjungi. Dan keputusanya website anda mula mendapat trafik organik yang banyak. Ianya bagus untuk website anda seterusya perniagaan anda. Apa yang penting anda tidak perlu membayar apa-apa pun.

Macam mana mahu mendapatkan SERP yang tinggi?

Seperti yang saya nyatakan, rank SERP yang tinggi dapat diperolehi dengan teknik SEO yang betul dan berkesan. Dan sebelum kita terus membahas tentang teknik SEO marilah kita mengenal dulu bagaimana enjin carian menyenaraikan dan menentukan rank SERP bagi setiap carian.

Enjin carian seperti google adalah seperti pustakawan untuk mencari dan memberi anda keputusan yang relevan berdasarkan kata kunci yang anda taip dan cari. Masalahnya di internet terlalu banyak maklumat yang terkait dengan carian anda. Jadi macam manakah enjin carian itu memberi anda apa yang anda cari?

Jawapanya, enjin carian memilih dan melihat kriteria-kriteria bagi menyusun dan memberi anda keputusan yang paling relevan keatas carian anda. Ianya dipanggil Algorithm. Jadi apa kriteria-kritera yang ditentukan oleh enjin pencari ? Teruskan membaca..

Kriteria enjin carian dan teknik SEO yang berkesan

Untuk impimintasi SEO yang betul dan berkesan haruslah kita mengetauhi apa yang enjin carian mahu. Berikut ciri-ciri yang selalu enjin carian mahu dan teknik SEO yang berkesan. Asasnya terdapat dua jenis SEO . Iaitu SEO onpage (SEO dalam Website) Dan SEO offpage (SEO luar website)

SEO onpage

1.       Kata kunci yang di sasarkan.

i.          Kata kunci Pada <title>

Enjin carian mengambil kira kata kunci di <title> website ataupun blog anda. Bagi enjin pencari ianya merupakan tentang apa website anda.

ii.       Kata kunci pada header H1,H2..

Enjin pencari juga mengambil kira tentang kata kunci di header satu (h1) dan untuk menentukan sama ada ianya relevan dengan hasil carian.

Jadi amat penting untuk anda letakkan kata kunci sasaran di header 1 (h1)  bagi menjadikan SEO menjadi lebih mantap.

Sebagai contoh anda ingin mensasarkan kata kunci jual baju. Dan sebagai tajuk H1, anda boleh meletak “kedai jual baju online” dimana Jual baju adalah kata kunci sasaran.

Begitu juga seterusnya anda perlu mensasarkan kata kunci yang berkaitan dengan kata kunci sasaran di sub header blog ataupun website anda.


2.       Link di antara content di website

Selain mengambil kira kata kunci, enjin pencari juga mengambil kira tentang link diantara konten anda.

Ambil kira anda ada beberapa konten atau artikel di blog atau pun website anda. Jadi untuk itu amat bagus bagi anda membuat link diantara posting ataupun konten anda.

Sebagai contoh konten pertama anda menceritakan tentang apa itu jual beli online. Manakala konten kedua anda pula menceritakan tentang cara-cara jual beli online.

Menggunakan teknik SEO yang berkesan anda membuat link di konten kedua anda ke content pertama. Ianya amat bagus bagi enjin pencari mengenal tentang website anda.

Jangan lupa pula perkataan link yang anda buat juga perlu relevan dengan keyword sasaran yang anda tetapkan.

3.       Meletakkan alt text pada gambar di blog atau website anda

Sesuai dengan kemahuan anda, meletakkan gambar akan menjadikan website lebih menarik kepada pembaca.

Namun untuk teknik SEO yang berkesan jangan lupa meletakkan alt text kepada gambar yang anda letak kerana ianya bagus di mata search engine.

Alt text merupakan tag yang diletakkan di gambar bagi menjadikan gambar yang anda letak menjadi mesra SEO.

SEO off page

1.   Backlink

SEO off page adalah SEO di luar website. Salah satu SEO off page adalah backlink dari luar yang menuju ke website.

Ambil contoh beberapa link dari media sosial,website lain yang menuju ke blog anda.

Lebih banyak backlink lagi bagus kerana ianya mesra SEO. Namun enjin carian juga mengambil kira repotasi backlink tersebut.

Terlalu banyak backlink dari sumber yang kurang repotasinya tidak dikira oleh enjin pencari sebagai mesra SEO.

Kesimpulan

1.   Teknik SEO bertujuan mendapatkan SERP yang tinggi bagi website  selain meningkatkan visibility website anda.

2.   SEO dapat menarik trafik organik berdasarkan kata kunci yang anda sasarkan.

3.   Dua jenis SEO yang perlu anda ambil tahu adalah SEO onpage dan SEO offpage.

4.   Implimentasi teknik SEO dapat menjadikan website anda mesra SEO.

5.   Perlu diketahui yang Algorithm enjin pencari selalunya di kemaskini dan berubah dari semasa kesemasa. Namun apa yang saya kongsikan ini merupakan apa kriteria yang biasa enjin carian ambil kira.




Apa itu SEO dan teknik SEO?














Share: